Wednesday, February 11, 2015

Sejarah Perayaan Deepavali

Hari Deepavali

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali  merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulanGregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November

Kepentingan dalam agama Hindu

                                 
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Sambutan Deepavali di Malaysia

Meaning Of Love

What Is The Meaning of Love – The 3 Inherent Qualities of Love

Love is complete acceptance: When we allow someone to be exactly as they are, without any belief that they aren’t good enough, without any belief that they would be “better” if they were different, this is love.

Love is completely unconditional: Love has no conditions. When we truly love someone, we can’t stop loving them, regardless of what they do or say. If our love is dependent upon the other person acting and speaking how we want, then this love is completely conditional. We often confuse this to be love, but this is just positive thoughts about someone. This is just loving what a person says or does, not loving them. Positive thoughts or the thought “I love you” isn’t necessary to love. Sometimes it even gets in the way.
Love is selfless: True love doesn’t want anything in return, because there is nothing it needs. We just love for the sake of love. When we love someone, we don’t look for them to fill our needs, love us back, and all those types of things. If that is what we are looking for, then we are just using the other person. What is the meaning of love? Love is completely selfless.

What Prevents Us From Loving

                                     

To understand what is the meaning of love, we really need to understand what prevents us from loving. When we believe our judgments about someone, we can feel anger, disappointment, or resentment, or we can just feel separate from that person. All of this blocks us or prevents us from loving the person we are with.
When we are with someone, and believing our judgments, commentary, or labels about them, this puts up a wall or a barrier between us. We aren’t connecting with them, loving them, and truly being with them. We are just experiencing our thoughts about them. For example, we might experience our thoughts about how they aren’t appreciative enough, aren’t in good enough shape, aren’t a good enough father etc. But these thoughts just get in the way of love.

What Is The Meaning of Love? Love Eliminates The Sense Of Separation or Loneliness


                                

When we believe our judgments about people, it can seem as if we are alone or separate from others. This creates this longing for connection and love. All it takes to have this connection we yearn for is to just be with people without judgment. In the absence of judgment, love is what remains.
When we are not believing our judgments about someone, we are loving them, or in other words, we are being present with them (i.e. living in the moment with them). When we are present with someone, we automatically feel a closer connection to, and more intimacy with, the people around us. Our feeling of separateness from people disappears.

You Always Wanted To Love… Not To Be Loved

                                         

If you want to feel love, it is helpful to first understand what is the meaning of love. If someone else loves you, but you don’t care about that person, how much impact does that person’s love have on your level of happiness? You may have noticed, it has very little impact. If receiving love from someone else had the power to make us feel good, then anyone’s love would give us the same good feeling. But, clearly this isn’t how life works.
The reason is because fulfillment doesn’t come from receiving love; the feeling of happiness and completion we have always wanted comes from loving others. When we love someone without wanting or expecting anything in return, we feel free, open, and wonderful.

Sejarah Thaipusam

 


Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.


Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyeksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
Di George TownPulau Pinang ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani.
Di Ipohnegeri Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong, Ipoh.
Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.








ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen
ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen

ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen
ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen

ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen
uyirodu naan irupen..

ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen

ennai naan yaarendru sonnaalum puriyaathe
en kaadhal nee endru yaarukkum theriyaathe
nee ketaal ulagathai naan vaangi tharuvene
nee illa ulagathil naan vaazha maatene
ennodu nee irundhal..

unmai kaadhal yaarendral
unnai ennai solvene
neeyum naanum poi endraal
kaadhalai thedi kolvene
koonthal meesai ondraaga oosi noolil thaipene
thengai kulle neer pola
nenjil thekki vaipene

poovin kaambil pootha boomi panthu naan
suthi suthi vaazhven unnai mattum thaan
un manathaai enadhaai pothi padupen
udalil uyir pol unnul kidapen

ennodu nee irundhaal..irupen..
uyirodu naan irupen
ennodu nee irundhaal
uyirodu naan irupen

ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen
ennodu nee irundhal
uyirodu naan irupen
ennodu nee irundhal..


Monday, February 9, 2015


Free Calendar

Free Clock

Kebaikan dan keburukan Internet!

Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Internet banyak memberikan manfaat kepada belia terutama pelajar di institusi pengajian tinggi. Internet membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Internet hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . 

Masyarakat juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan di dalam atau di luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti penggunaan kalimah Allah dan pengeboman gereja. Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak dibawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.


Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Contoh, RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna.Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat
Berkembang  pesat.


Pada pandangan kami internet memberikan sumbangan yang sangat besar dalambidang pendidikan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.


Bagaimana pula dengan pandangan anda dalam penggunaan e-mel?
Pada pandangan kami, E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan manusia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan mempunyai sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi . 

KEBURUKAN INTERNET


Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak di kalangan belia pada
masa kini.


Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta
menimba pengetahuan.



Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer.
Ketagihan Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada belia banyak membawa kebaikan daripada keburukan?
Fikir-fikirkanlah......